GOMBAK: Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran sampah haram di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, Kuang, di sini selepas empat hari operasi pemadaman.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kebakaran berlaku pada jam 6 petang, Sabtu membabitkan kawasan seluas 0.09 hektar.
Menurutnya, seramai 18 anggota berlainan pangkat meliputi tiga pegawai zon dan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling Jaya serta Damansara terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.
Selain itu, turut berada di kawasan kebakaran tersebut ialah wakil dari Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Gombak.
“Pemadaman diteruskan dengan menggunakan dua unit pam mudah alih tiga aliran dan tiga pancutan yang tertumpu pada empat titik kecil dengan bantuan jentera jengkaut daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
“Operasi pemadaman tamat pada jam 2 petang pada Selasa. Selepas pemantauan selama dua jam dibuat, tiada kesan asap dikesan,” katanya pada Selasa.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022
Pihak bomba mengambil masa empat hari untuk memadamkan kebakaran sampah haram di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, Kuang. - Foto Sinar Harian
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat sini.
14 individu ditahan kes penyeludupan bernilai RM35 juta
Seramai 14 lelaki termasuk 10 warga asing ditahan menerusi empat serbuan operasi bersepadu di Sarawak membabitkan rampasan lebih RM35 juta pada 20 hingga 23 Mei lalu.
Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat Sabtu petang.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (25 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100 dikhuatiri terbunuh di Papua New Guinea
Bencana besar tanah runtuh di Papua New Guinea dikhuatiri telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang penduduk yang mendiami perkampungan terpencil di wilayah Enga pada Jumaat. Ia melihat kepada skala runtuhan besar di kawasan tanah tinggi Enga yang mana disahkan sekurang-kurangnya lima kampung di kawasan pedalaman itu terlibat.
Kesan banjir, hujan lebat buat rakyat Afghanistan hampir putus asa
Hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan telah mengorbankan ratusan orang, merosakkan beribu-ribu rumah dan memusnahkan ladang yang luas, membuatkan penduduk tempatan seolah-olah berputus asa
'Saya tidak tahu kenapa orang luar sibuk campur tangan'
Warga Perancis dan New Zealand mula meninggalkan wilayah pasifik New Caledonia selepas runsuhan reformasi pentadbiran yang berlaku sejak lebih seminggu tidak menunjukkan tanda reda. Ketegasan penduduk kelihatan apabila rakyat bangkit menggesa kuasa autonomi pentadbiran diberikan kepada mereka dalam kunjungan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke pusat bandar Noumea baru-baru ini, sekaligus mencetuskan penentangan dan pembunuhan tujuh individu setakat ini.
Tindakan terhadap dalang pencemaran di Pelabuhan Klang dalam masa terdekat - Exco
Pendakwaan atau tindakan kompaun terhadap pelaku yang mendalangi isu pencemaran alam sekitar di salah satu kawasan di Pelabuhan Klang akan dilakukan dalam masa terdekat.
PBT pasang CCTV perangi pembuangan sampah haram
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melaksanakan pelbagai usaha untuk membasmi tapak pembuangan sampah haram, termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi hotspot.
Tapak sampah haram: ADUN Dusun Tua cari 'Haji Shariff'
Penduduk sekitar kawasan perumahan Taman Pinggiran Delima Fasa 1 di sini berhadapan dengan masalah bau busuk dan asap kesan daripada pelupusan sampah secara haram sejak berbulan lamanya.
LAPORAN KHAS: Penduduk derita, pengusaha tapak sampah haram 'kaya-raya'
Penduduk di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan mendakwa tidak selesa dengan bau tidak menyenangkan yang terpaksa dihidu setiap hari dipercayai berpunca daripada timbunan sampah.
Empat hari padam kebakaran sampah haram
Selepas pemantauan selama dua jam dibuat, tiada kesan asap dikesan.